Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah
pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk
berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H
bersamaan 10 0gos 2006.
Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah
Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri
kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau
mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah
seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya
makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8
adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam
hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk
Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri
utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak
mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau
mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap
hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah
rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah
di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak
tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti
ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula
kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah
sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama
segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia
sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit
itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera
makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan
diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga
sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca
Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg
terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan
mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib.
Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar,
malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali
bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan
ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir
kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun
kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg
digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan
segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’,
beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari
belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau
merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah
di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak
tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu
baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku
ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik
mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu
itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar
dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka
telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2
berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn
tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring
dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat
di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah
mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn
wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2
meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak
digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali
kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat
wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap
begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum,
ana Rasulullah..” Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah
putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau
nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda,
kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi
katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid
Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata:
QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama
orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah,
terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda
sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan
(dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan
berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn
berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab
utk enti nampak ana..” Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di
hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu,
beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar
buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan
salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan
berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati..
ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu.
Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda!
Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya
Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita
tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat
akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis
kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat
akhir zaman ini? wallahua’lam…
Sedar daripada tidur yg amat indah
pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut
terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…”
Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus
menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar
menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2
ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2
lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat
kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih
tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat
yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya
menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih
berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr
Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya
terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular
di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk
kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung
makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa
panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap
penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan,
namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa
sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah
bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”
Kemudian beliau tidur. Beliau terus
rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau
menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau
berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…”
Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau.
Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya
Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan
Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar
Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakr
memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri,
Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah
tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil
orangnya.
Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan
oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka
membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh
syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir
tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada
manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu
Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada
seseorang sebelum mengatakan ‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu)
sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya
(malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn
isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya
kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan,
dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah
tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan
mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan
mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat itu, para sahabat
Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka
semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2
tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru.
Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar.
Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat
orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi
meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau
bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau
dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh
beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri
dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..”
Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau
segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau
sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud
100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas
nikmat yg telah Engkau berikan..”
Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik,
wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan
Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah
rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik
untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi
menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi
Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang
sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat
agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak
mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya
Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi
kita bersabar…”
Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran
katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah
kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui
baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada
bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke
bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah
peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul
didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata
baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka
senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra,
baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu
Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?”
Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku
adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan
sangat mencintaiku… Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”
Sesungguhnya Allah dan
malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang
beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam
penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi
hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui
e-mel & blog sebelum ini..)
sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…
banyakkan lah berselawat dan mendengar
zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat
kelak..wallahu’alam..(*_*)